Proton X70 dilancarkan secara rasmi pada 12 Disember di Pusat Konvokesyen Kuala Lumpur. Pelancaran ini bertepatan dengan dua pengumuman terbaharu berkaitan X70 iaitu pengiktirafan lima bintang dalam ujian penilaian kenderaan ASEAN NCAP, serta diklasifikasikan sebagai kenderaan Cekap Tenaga (EEV) oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Proton Holdings Berhad (Proton) melancarkan model kenderaan utiliti sukan (SUV) pertamanya, X70 yang berharga RM99,800 sebuah bagi Standard 2WD, RM109,800 (Executive 2WD), RM115,800 (Executive AWD) dan RM123,800 (Premium 2WD) tidak termasuk insurans.
Harga jualan X70 di Sabah dan Sarawak adalah sama seperti di Semenanjung Malaysia.X70 ditawarkan dalam empat varian iaitu model asas Standard Pacuan Dua Roda (2WD), Executive 2WD, Executive Pacuan Semua Roda (AWD) dan Premium 2WD.
Kesemua varian X70 menggunakan enjin dan transmisi yang sama iaitu enjin petrol empat silinder 1.8 liter TGDi turbo berkuasa 181 kuasa kuda (hp) dan daya kilas maksimum 285 Nm digandingkan dengan kotak gear enam kelajuan automatik.
X70 didatangkan dengan lima pilihan warna iaitu putih, perak, kelabu, coklat dan merah.
PROTON CARS OFFICIAL VIDEO



